Saturday, February 19, 2011

Persaraan Puan Zalmiah

Tanggal pada 14 Februari yang lalu telah diadakan Majlis Persaraan bagi meraikan Pn. Hajah Zalmiah Zainuddin yang akan menamatkan perkhidmatannya bersara. Majlis gilang gemilang itu diadakan bermula jam 8 pagi. dimulakan dengan jamuan minum pagi barisan pentadbir bersama dengan yang dirai dan seterusnya penyerahan tugas kepada barisan pentadbir....


Sesudah itu upacara melepaskan ikan dikolam sebagai satu acara simbolik....Pn. Hjh Zalmiah diarak turun ke dewan gemilang untuk majlis tayangan video pendek bsepanjang perkhidmatan beliau disekolah ini...ucapan dan amanat yang cukup bermakna daripada beliau diadakan sesudah itu.......acara pemberian hadiah tanda ingatan menyusul selepas itu....Beliau diarak menggunakan kereta...Majlis berakhir dengan lambaian terakhir oleh yang dirai dengan semua murid-murid sehingga didepan pagar sekolah. Sesungguhnya kita warga sekolah telah kehilangan seorang warga pendidik yang cukup hebat dengan pengalaman terutama dalam bidang bahasa......didoakan semoga Pn. Hjh. Zalmiah akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini....




























1 comment:

  1. Banyak jasa beliau.. insyaallah segala urusan beliau senantiasa dipermudahkan olehNya.. aminnn..

    ReplyDelete

GELOMBANG KSSR

GELOMBANG KSSR