Friday, September 13, 2013

Monday, September 9, 2013

PERJUANGAN UPSR DI HARI PERTAMA...

Sebanyak 478,848 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula hari ini sehingga 12 Sept ini di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara. Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini daripada jumlah itu sebanyak 469,882 calon adalah dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 calon lagi dari sekolah swasta yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sebanyak 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.


Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

Semoga anak-anak didik SKWM1 dapat mengharungi cabaran dan rintangan ini demi kejayaan bersama. Warga SKWM1 mendoakan agar semua anak didik SKWM1 akan dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang...amin



Thursday, September 5, 2013

GELOMBANG KSSR

GELOMBANG KSSR