Thursday, February 3, 2011

Perjumpaan Ibubapa Tahun 6





Pada 29 Januari yang lalu telah berlangsungnya Perjumpaan Ibubapa tahun 6. Majlis Yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu melibatkan semua ibubapa Tahun 6. Kedatangan ibubapa murid tahun 6 pada hari tersebut adalah menggalakkan dimana hampir separuh daripanya hadir...Perjumpaan tersebut diadakan bagi sama-sama berbincang selain mendapat maklumat berkenaan program yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk semua Murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR 2011.



Dimulakan dengan ucapan YDP PIBG 2010, Tn. Hj. Awai bin Mamat dan diikuti oleh taklimat dari Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Samsudin bin Bakar. Penerangan yang cukup lengkap berkenaan program yang akan dijalankan oleh Tuan Guru Besar dalam melonjakkan prestasi UPSR pada tahun ini diterima baik oleh semua ibubapa. Taklimat daripada Ketua PAnitia subjek teras pula menyusul selepas itu.... majlis berakhir dengan sesi soal jawab antara semua ibubapa dan pihak sekolah. Diharapkan dengan kerjasama yang erat antara ibubapa dan pihak sekolah dapat menaikkan lagi prestasi UPSR sekolah ini pada tahun ini...insyaalahhh....












































No comments:

Post a Comment

GELOMBANG KSSR

GELOMBANG KSSR