Tuesday, May 22, 2012

PKSR 1 bermula....

Semua murid -murid SK Wangsa Maju hari ini akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2012. Peperiksaan yang bermula 21- 25 hb Mei ini melibatkan murid Tahun 3 - 6. Kami Warga Guru SKWM1 mendoa dan mengharapkan agar semua murid dapat menjawab soalan dengan sebaik mungkin....Doa guru-guru mengiringi kamu semua....Amin...Gud Luck!!!!


Sunday, May 20, 2012

KAJIAN SEMULA PENDIDIKAN – DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 (DNPN)


Kerajaan telah menetapkan sasaran menjadikan Malaysia sebuah Negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Cabaran utama merealisasikan hasrat tersebut ialah keupayaan Negara menghasilkan modal insan unggul melalui sistem pendidikan yang berkualiti.
Tidak dinafikan sistem pendidikan kebangsaan telah memperlihatkan kejayaan ke arah mewujudkan mobiliti dalam masyarakat. Namun begitu, cabaran 10 tahun akan datang dalam era globalisasi menuntut perubahan dalam sistem pendidikan. Sejajar dengan Program Transformasi Negara, pendidikan juga perlu beranjak kepada sistem baharu yang selari dengan cabaran masa depan.
DNPN 2012 merupakan wadah bagi perkongsian idea dan lontaran pandangan semua lapisan masyarakat yang dapat dijadikan input kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan. Secara khusus objektif DNPN 2012 adalah untuk :

- Memberi peluang kepada warga pendidik mengemukakan idea dan pandangan ke arah transformasi pendidikan ; dan

- Membina kesedaran bersama akan perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membangunkan pendidikan melalui transformasi sistem pendidikan Negara



Saturday, May 19, 2012

Thursday, May 17, 2012

GELOMBANG KSSR

GELOMBANG KSSR