Friday, April 29, 2011

Wednesday, April 27, 2011

MeSyuaraT JkS PanAtiA KaLi Ke-2

Sepanjang minggu lepas dan minggu ini telah dijalankan Mesyuarat JKs kali ke-2 bagi setiap panatia. Mesyuarat yang dijalankan oleh semua panatia yang berada dalam bidang kurikulum telah ditetapkan mengikut jadual agar guru tidak bertembung dengan mesyuarat panatia yang lain. Perbincangan berkenaan masalah pembelajaran yang dihadapi selain postmortem bagi Ujian Formatif 1 yang lalu. Perancangan aktiviti juga dikemaskini bagi mendapatkan pelan taktikal yg betul2 berkesan untuk dijalankan kelak.

JoM MaKAn DuRiAN....




Pada 23 April 2011 (Sekolah Ganti)satu aktiviti JOM MAKAN DuriaN anjuran BKG SKWM1 telah diadakan.....Aktiviti bermula pada pukul 12.30 tghari ( selepas semua murid balik ).....Guru2 dihidangkan dengan lambakan beberapa jenis buah-buahan iaitu buah manggis, rambutan dan yang paling diminati buah durian....Durian yang diimport khas dari Bentong ini begitu mendapat sambutan....Selain itu juga hidangan pulut bersama santan durian dihidangkan khas oleh guru2......Selepas acara menjamu selera tersebut majlis penyampaian hadiah oleh BKG kepada guru-guru yang tidak dapat hadir pada JAmuan Akhir Tahun yang diadakan pada hujung tahun lepas di The Season Hotel telah disampaikan......

Tuesday, April 26, 2011

SuNtiKaN AwaL MuriD TaHuN 1...

Sepanjang minggu lepas Kementerian Kesihatan telah turun ke sekolah untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk semua murid tahun 1. Selain itu dos Suntikan Antigen juga telah diberikan kepada semua murid-murid tahun 1 sebagai suntikan awal.

Friday, April 15, 2011

GELOMBANG KSSR

GELOMBANG KSSR