Monday, February 28, 2011

Saturday, February 19, 2011

Persaraan Puan Zalmiah

Tanggal pada 14 Februari yang lalu telah diadakan Majlis Persaraan bagi meraikan Pn. Hajah Zalmiah Zainuddin yang akan menamatkan perkhidmatannya bersara. Majlis gilang gemilang itu diadakan bermula jam 8 pagi. dimulakan dengan jamuan minum pagi barisan pentadbir bersama dengan yang dirai dan seterusnya penyerahan tugas kepada barisan pentadbir....


Sesudah itu upacara melepaskan ikan dikolam sebagai satu acara simbolik....Pn. Hjh Zalmiah diarak turun ke dewan gemilang untuk majlis tayangan video pendek bsepanjang perkhidmatan beliau disekolah ini...ucapan dan amanat yang cukup bermakna daripada beliau diadakan sesudah itu.......acara pemberian hadiah tanda ingatan menyusul selepas itu....Beliau diarak menggunakan kereta...Majlis berakhir dengan lambaian terakhir oleh yang dirai dengan semua murid-murid sehingga didepan pagar sekolah. Sesungguhnya kita warga sekolah telah kehilangan seorang warga pendidik yang cukup hebat dengan pengalaman terutama dalam bidang bahasa......didoakan semoga Pn. Hjh. Zalmiah akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini....




























Monday, February 14, 2011

Majlis Perlantikan Pengawas

Pada 10 Februari 2011 telah diadakan Majlis Perlantikan Pengawas SKWM1 bagi sesi 2011. Majlis tersebut diadakan sebagai pengiktirafan dimana semua pengawas yang dipilih telah dilantik secara rasminya. Adik Maizatul Akmah bt. Aripin telah dilantik sebagai Ketua Pengawas dan dibantu oleh Adik Nur Athirah bt. M. Aznan sebagai Timbalan Pengawas 1 dan Adik Nur Ain bt. Abdullah sebagai Timbalan Pengawas 2. Pemakaian Kot Pengawas oleh Guru Besar adalah acara simbolik pada hari tersebut. Sesudah itu semua pengawas yang dilantik telah membacakan ikrar sebagai tanda setia dan akur terhadap tugas mereka di sekolah ini.




Thursday, February 3, 2011

Perjumpaan Ibubapa Tahun 6





Pada 29 Januari yang lalu telah berlangsungnya Perjumpaan Ibubapa tahun 6. Majlis Yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu melibatkan semua ibubapa Tahun 6. Kedatangan ibubapa murid tahun 6 pada hari tersebut adalah menggalakkan dimana hampir separuh daripanya hadir...Perjumpaan tersebut diadakan bagi sama-sama berbincang selain mendapat maklumat berkenaan program yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk semua Murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR 2011.



Dimulakan dengan ucapan YDP PIBG 2010, Tn. Hj. Awai bin Mamat dan diikuti oleh taklimat dari Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Samsudin bin Bakar. Penerangan yang cukup lengkap berkenaan program yang akan dijalankan oleh Tuan Guru Besar dalam melonjakkan prestasi UPSR pada tahun ini diterima baik oleh semua ibubapa. Taklimat daripada Ketua PAnitia subjek teras pula menyusul selepas itu.... majlis berakhir dengan sesi soal jawab antara semua ibubapa dan pihak sekolah. Diharapkan dengan kerjasama yang erat antara ibubapa dan pihak sekolah dapat menaikkan lagi prestasi UPSR sekolah ini pada tahun ini...insyaalahhh....












































GELOMBANG KSSR

GELOMBANG KSSR