PERJANJIAN PENGGUNAAN TERKAWAL
YTL Communications Sdn Bhd (“YTL”) dan
FrogAsia Sdn Bhd (“FrogAsia”) amat berbesar hati untuk memperkenalkan kepada
sekolah anda metodologi pembelajaran yang terkini dalam bentuk capaian Internet
bersama-sama dengan penggunaan sistem pembelajaran maya Frog Virtual Learning
Environment (“Frog VLE”) di bawah program 1BestariNet, iaitu suatu projek
kebangsaan di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia (“KPM”).
Adalah diperakui bahawa Internet
merupakan suatu sumber maklumat yang luas, pelbagai dan unik bagi para pelajar
dan guru dari segenap bidang. Kesinambungan sumber maklumat ini dengan
aplikasi-aplikasi yang direka khas dalam Frog VLE mampu menjalinkan suatu alat pembelajaran
dan pengajaran yang tidak boleh ditandingi.
Matlamat kami dalam menyediakan
perkhidmatan ini bagi para pelajar dan guru negara ini adalah semata-mata untuk
mempertingkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan dengan memudahkan akses
kepada maklumat tanpa sempadan di Internet dan menggabungkannya dengan manfaat
yang diperolehi daripada perkongsian sumber, inovasi dan komunikasi melalui
pelantar Frog VLE.
Internet boleh diumpamakan sebagai
lebuhraya maklumat elektronik yang menghubungkan beribu-ribu komputer, jutaan
pelajar, guru dan pengguna di sekeliling dunia sementara Frog VLE, menawarkan
penyelesaian pembelajaran online
yang inovatif yang dirumuskan khas untuk
para guru supaya mereka mampu menghasilkan bahan pengajaran yang lebih menarik
untuk pelajar-pelajar di samping menjalinkan budaya yang menitikberatkan
ciri-ciri fleksibel dan pendidikan kendiri yang nyata menyumbang kepada
kemahiran dan pengetahuan pelajarpelajar
berkenaan.
Dengan adanya
gabungan perkhidmatan ini, para pelajar, guru dan juga pihak ibubapa
akan,antara lainnya, mendapat akses kepada
:
1) Komunikasi mel
elektronik (emel);
2) Forum-forum
untuk berkongsi maklumat dan untuk menerima maklum balas di
antara guru-guru
dan pelajar-pelajar lain;
3) Maklumat dan berita
4) Perisian dan grafik dari
sumber-sumber umum bagi tujuan pembelajaran; dan
5) Akses kepada World Wide Web melalui
suatu sistem perangkaan grafik yang juga
merupakan peralatan akses Internet yang
terkini dan menarik yang sedia ada.
Akses kepada Internet dalam program
1BestariNet ini adalah diselaraskan melalui usahasama dan gabungan yang
kompleks antara agensi-agensi kerajaan dan jaringan di peringkat kebangsaan,
daerah dan negeri. Kelancaran operasi rangkaian bergantung kepada amalan yang
betul oleh pengguna yang perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
Terma terma dan syarat-syarat penggunaan
yang dihuraikan di sini adalah untuk memastikan anda sedar akan tanggungjawab
yang bakal anda laksanakan. Secara umumnya, penggunaan yang cekap, beretika dan
patuh kepada undang-undang adalah perlu agar seseorang pengguna itu mampu
meraih manfaat sepenuhnya daripada sumber rangkaian ini. Sekiranya seseorang
pengguna menyalahi mana-mana peruntukan yang telah termaktub, akaun individu
tersebut akan ditamatkan dan beliau akan seterusnya dinafikan akses
Persekitaran
Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) dan Internet - Terma-terma dan Syarat-syarat Penggunaan
1) Penggunaan yang dibenarkan – Tujuan
kemudahan rangkaian Internet dan persekitaran pembelajaran maya Frog VLE yang
disediakan oleh YTL dan FrogAsia (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai
“Para Pentadbir Sistem”) adalah untuk memberi sokongan kepada usaha-usaha
penyelidikan dan pendidikan di kalangan institusi-institusi akademik dengan
memberi akses kepada sumber yang unik dan peluang untuk bekerja secara bersesama
atau collaborative. Oleh itu, penggunaan akaun anda
mestilah berkaitan dengan pendidikan dan penyelidikan dan selaras dengan
matlamat pendidikan Sekolah anda. Penggunaan rangkaian organisasi atau sumber
pengkomputeran yang lain mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang besesuaian
dengan rangkaian tersebut. Transmisi apa jua bahan yang melanggar peraturan
negara atau negeri adalah dilarang. Ini termasuk, dan tidak terhad kepada:
bahan hak cipta, bahan ancaman atau lucah, atau bahan yang dilindungi oleh
kerahsiaan perdagangan.
2) Keistimewaan – Penggunaan Internet
serta Frog VLE ialah satu keistimewaan, bukan satu hak dan penggunaan yang
tidak sesuai akan mengakibatkan pembatalan keistimewaan tersebut. Para
Pentadbir Sistem berhak memutuskan sama ada sesuatu penggunaan itu merupakan
‘pengunaan yang tidak sesuai’ dan keputusan itu adalah muktamad. Para Pentadbir
Sistem juga boleh menutup akaun pengguna pada bila-bila masa jika perlu. Di
samping itu, pihak KPM, pengetua sekolah, pentadbir IT dan / atau fakulti
sekolah boleh meminta Para Pentadbir Sistem menafikan, membatalkan dan / atau
menggantung akaun pengguna tertentu. Sehubungan itu, perkongsian akaun adalah
dilarang bagi memastikan privasi identiti pemilik akaun.
termasuk (tetapi
tidak terhad kepada) perkara-perkara berikut:
a) Bersikap sopan.
Jangan bersikap biadab dalam mesej atau komunikasi anda
dengan individu
lain.
lucah atau bahasa lain yang tidak
sesuai.
c) Aktiviti yang menyalahi undang-undang adalah
dilarang sama sekali.
d) Jangan sesekali mendedahkan alamat
peribadi atau nombor telefon pelajarpelajar,
guru-guru, ibu bapa
atau rakan-rakan sekerja.
e) Kerahsiaan emel tidak terjamin.
Individu-individu yang terlibat dalam
pengendalian sistem
mempunyai akses kepada semua mel. Mesej yang
berkaitan dengan
aktiviti yang menyalahi undang-undang boleh dilaporkan
kepada pihak
berkuasa.
f) Jangan gunakan rangkaian dengan cara
yang boleh menggangu pengguna
rangkaian yang
lain.
g) Komunikasi dan informasi yang boleh
diakses menerusi rangkaian ini adalah
dianggap sebagai harta persendirian.
4) Upload
atau posting pada Frog VLE
– Sekiranya anda membuat sebarang upload atau
posting di Frogstore, Community
Site atau di mana-mana forum atau siaran awam pada Frog VLE (termasuk sebarang
teks, skrip komputer, gambar foto, grafik, video atau web links kepada
mana-mana bahan ini) (selepas ini dirujuk secara amnya sebagai
“Sumbangan”), maka anda bersetuju
memberi kebenaran kepada pihak KPM, YTL dan
FrogAsia menggunakan bahan-bahan
berkenaan dan menerbitkan atau menyiarkan
Sumbangan tersebut berserta dengan
profil anda pada laman Frogstore, Community Site atau Frog VLE.
Dalam pada itu, Sumbangan anda akan
boleh dilihat, dikongsi dan diakses oleh pengguna-pengguna Frog VLE yang lain.
Jika Sumbangan berkenaan melibatkan individu yang lain, anda wajib memastikan
bahawa individu tersebut telah memberi kebenaran kepada anda untuk
penglibatannya di dalam Sumbangan anda dan untuk Sumbangan tersebut dipaparkan
di atas Frog VLE. Dengan menggunakan Frog VLE, anda mengakujanji bahawa
Sumbangan anda tidak melanggar sebarang hak cipta atau hak milik intelektual
mana-mana pihak ketiga; bahawa anda tidak menggunakan atau meniru mana-mana
bahan yang dimiliki oleh mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan atau lesen
sah pihak berkenaan dan anda memberi indemnifikasi sepenuhnya kepada Para
Pentadbir Sistem terhadap sebarang tuntutan pihak ketiga atau kerugian atau
kehilangan sehubungan dengan pencabulan atau pelanggaran hak milik intelektual.
Sekiranya anda telah menggunakan apa-apa bahan yang dimiliki atau dipunyai oleh
mana-mana pihak ketiga, anda mengakujanji bahawa anda telah memperolehi
persetujuan terdahulu daripada pereka atau tuan punya bahan berkenaan bagi
tujuan penerbitan di atas laman Frogstore, Community Site atau Frog VLE tanpa perlunya
sebarang pembayaran dan bahawa pereka atau tuan punya bahan berkenaan telah
menolak kesemua hak mereka terhadap Sumbangan tersebut.
5) Penafian
Jaminan – YTL dan FrogAsia tidak memberi sebarang jaminan, dalam apa bentuk
sekalipun, sama ada secara tersurat mahupun tersirat bagi perkhidmatan yang disediakan.
YTL dan FrogAsia tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau
kerugian yang dialami. Ini termasuk kehilangan data yang disebabkan oleh
masalah semasa proses penghantaran data; sama ada penangguhan penghantaran,
kegagalan penghantaran, kesilapan penghantaran atau gangguan perkhidmatan yang
disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan. Penggunaan mana-mana maklumat yang
diperolehi dari Internet dan / atau Frog VLE adalah atas risiko anda sendiri.
YTL dan FrogAsia tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan atau kualiti maklumat
yang diperolehi melalui perkhidmatan yang diberikan.
6) Keselamatan
– Keselamatan pada mana-mana sistem komputer sesungguhnya ditekankan,
terutamanya apabila sistem berkenaan melibatkan pengguna yang ramai. Sekiranya
anda berhadapan dengan masalah berkaitan isu keselamatan semasa melayari
Internet dan / atau menggunakan Frog VLE, anda perlu segera memaklumkan pengetua
sekolah dan / atau pentadbir IT anda. Jangan dedahkan masalah tersebut kepada
pengguna-pengguna yang lain. Jangan gunakan akaun individu lain tanpa kebenaran
bertulis individu tersebut. Cubaan memasuki Frog VLE atau Internet sebagai pentadbir
sistem akan mengakibatkan penamatan terhadap keistimewaan anda sebagai pengguna.
Mana-mana pengguna yang dikenalpasti memberi risiko terhadap keselamatan atau
mempunyai rekod permasalahan dengan sistem komputer yang lain boleh dinafikan
aksesnya ke Frog VLE dan / atau Internet.
7) Dasar
Privasi – Kami, YTL dan FrogAsia, sememangnya komited untuk menjaga kerahsiaan
dan privasi anda semasa anda berada di online. Penggunaan sebarang maklumat
yang mampu mengenalkan anda oleh pihak kami adalah tertakluk kepada Dasar Privasi
kami di http://www.ytlcomms.my/EN/privacy.aspx.
8) Pindaan – YTL dan FrogAsia mempunyai
hak untuk meminda terma-terma ini dari masa ke semasa. Jika berlakunya pindaan
kepada terma-terma ini, pindaan berkenaan akan dicerminkan dalam versi terkini
Perjanjian ini dan ianya akan seterusnya dimaklumkan menerusi penyelarasan pada
tarikh kuat kuasa di bahagian bawah Perjanjian Penggunaan Terkawal ini.
9) Perundangan – Perjanjian Penggunaan
Terkawal dan hubungan anda dengan YTL dan FrogAsia di bawah Perjanjian
Penggunaan Terkawal ini adalah di bawah kawalan Undang-Undang Malaysia. Anda
bersetuju untuk menyerahkan penyelesaian terhadap mana-mana isu undang-undang
yang berbangkit dari Perjanjian Penggunaan Terkawal ini kepada bidang kuasa
eksklusif mahkamah Malaysia. Anda juga bersetuju bahawa YTL dan FrogAsia masih
boleh memohon remedi injunksi (atau mana-mana peruntukan perundangan yang
setara dengannya) dalam mana-mana bidang kuasa.
10) Tarikh kuat
kuasa - Tarikh kuat kuasa terma-terma ini adalah pada 4 Mei 2012.
No comments:
Post a Comment