Tuesday, November 2, 2010

Hari Kantin 2010

Pada 30 Oktober yang lalu, PIBG Sk Wangsa Maju Seksyen 1 dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Hari kantin Sekolah bagi tahun 2010. Aktiviti yang julung-julung kali diadakan telah diadakan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 3.00 petang. Objektif utama diadakan Hari kantin ini adalah untuk menambah dana dan tabungan PIBG bagi kegunaan aktiviti sekolah pada masa akan datang.
Pelbagai gerai telah dibuka pada hari tersebut antaranya Gerai Burger, Gerai Ayam Goreng, Gerai Pelbagai Sup, Gerai Nasi Lemak, Gerai Buah-Buahan, Gerai Pelbagai Minuman, Gerai Pelbagai Kerepek dan macam-macam lagi. Selain itu terdapat aktiviti2 permainan yang menarik antaranya Permainan PS2, Rumah Hantu, Tayangan Mini, Permainan Dalaman, Karaoke dan macam2 lagi.
Para pengunjung antaranya ibubapa dan penduduk sekitar kawasan tersebut telah sama2 datang untuk memeriahkan lagi aktiviti pada hari tersebut. Sesungguhnya dengan terlaksananya aktiviti ini secara tidak langsung telah merapatkan hubungan silaturahim antara guru2 dan juga ibubapa murid SK Wangsa Maju Seksyen 1 ini.






Cabutan Nombor Bertuah


Rumah hantu

Permainan Dalaman ( Golf)


Permainan Dalaman ( Baling Bola )


Permainan Remote Control (kereta)


Gerai Kerepek & JAgung Rebus


Gerai Pelbagai Buah-Buahan


Gerai Pameran Jualan Buku


Gerai Karaoke


Gerai Sup


Gerai Nasi Lemak


Gerai Pelbagai Minuman


Gerai Keropok Lekor

Gerai Ayam Goreng


Gerai Burger


Gerai Permainan PS2


Pawagam Mini

No comments:

Post a Comment

GELOMBANG KSSR

GELOMBANG KSSR