Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai
konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan
pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus
sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah
mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan
beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian
yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di
takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan
dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua
‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem
Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan
tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan
Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru
bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara.Kuning keemasan
melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu
tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu
mulia.
Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)
Unit Komunikasi Korporat
No comments:
Post a Comment