



Pada 12 November yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Hari Terbuka dimana Ibubapa murid-murid sekolah ini telah hadir untuk mengambil Buku Rekod kemajuan anak-anak mereka. Disamping itu juga, ibu bapa berkesempatan berjumpa dengan guru kelas mahupun guru matapelajaran untuk mengetahui prestasi semasa anak-anak mereka. Sesungguhnya kesempatan yang ada ini digunakan sepenuhnya oleh guru-guru mahupun ibubapa untuk memperbaiki dan menambahbaik prestasi murid-murid SK Wangsamaju Seksyen 1. Diharapkan program sebegini dapat terus dijalankan bagi melihat anak didik SKWM1 akan terus maju dan cemerlang pada
masa depan....Insyaalahhhh..
No comments:
Post a Comment