Wednesday, November 20, 2013

LOGO BARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

 
 
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara.Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.


Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)


Unit Komunikasi Korporat

Thursday, November 14, 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013



Pada 10 - 13 September yang lalu telah berlangsungnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) melibat semua murid Tahun 6 di seluruh Malaysia. SKWM1 telah mendaftarkan calon seramai 155 orang calon untuk menduduki UPSR.

Tanggal 14hb November 2013 merupakan tanggal keramat dimana keputusan UPSR telah diumumkan. Untuk makluman berdasarkan keputusan tersebut, terdapat 12 orang calon mendapat 5A berbanding tahun 2012 seramai 6 org sahaja.Manakala 3 orang calon mendapat 4A1B pada tahun ini. Keputusan keseluruhan sekolah meningkat dimana peratus lulus keseluruhan sekolah adalah 68.39% berbanding tahun sebelumnya 65.68%. 

Murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah adalah seperti berikut :-
 
MURID 5A
  • DANIAL HAFIY BIN MUSTAFA KAMIL
  • INTAN NURSYAZREEN BINTI ZULKEFLI
  • ISKANDAR BIN SOFIAN
  • KAMALINA BINTI KAMARULZAMAN
  • MUHAMMAD AIMAN DANIAL BIN FARISAN AZMI
  • MUHAMMAD NURZIKRY BIN MOHD. SAZALI
  • MUHAMMAD SYAHIR ISKANDAR BIN MUHAMMAD
  • NADIA ZAHEERAH BINTI MD. DAUD
  • NUR ANIS ZULAIKHA BINTI SUHAIMI
  • NURAIN AQILAH BINTI SHAHARUDDIN
  • NUR SYARIENNA NISHA BINTI ZAKARIA
  • SITI NURSHARIZA BINTI MAT DAUD

MURID 4A1B

  • MOHAMMAD FAIROZ BIN AHMAD
  • MUHAMMAD HAZIM BIN RAZELAN
  • MUHAMMAD HAZIQ BIN SHAHARUDDIN

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan bertungkus-lumus dalam usaha untuk meningkatkan prestasi sekolah. SYABAS & TAHNIAH !!!

Hari Terbuka (2) SKWM1 2013


Thursday, November 7, 2013

VLEFROG - PERJANJIAN PENGGUNAAN TERKAWAL


PERJANJIAN PENGGUNAAN TERKAWAL

 

YTL Communications Sdn Bhd (“YTL”) dan FrogAsia Sdn Bhd (“FrogAsia”) amat berbesar hati untuk memperkenalkan kepada sekolah anda metodologi pembelajaran yang terkini dalam bentuk capaian Internet bersama-sama dengan penggunaan sistem pembelajaran maya Frog Virtual Learning Environment (“Frog VLE”) di bawah program 1BestariNet, iaitu suatu projek kebangsaan di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia (“KPM”).

 

Adalah diperakui bahawa Internet merupakan suatu sumber maklumat yang luas, pelbagai dan unik bagi para pelajar dan guru dari segenap bidang. Kesinambungan sumber maklumat ini dengan aplikasi-aplikasi yang direka khas dalam Frog VLE mampu menjalinkan suatu alat pembelajaran dan pengajaran yang tidak boleh ditandingi.

 

Matlamat kami dalam menyediakan perkhidmatan ini bagi para pelajar dan guru negara ini adalah semata-mata untuk mempertingkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan dengan memudahkan akses kepada maklumat tanpa sempadan di Internet dan menggabungkannya dengan manfaat yang diperolehi daripada perkongsian sumber, inovasi dan komunikasi melalui pelantar Frog VLE.

 

Internet boleh diumpamakan sebagai lebuhraya maklumat elektronik yang menghubungkan beribu-ribu komputer, jutaan pelajar, guru dan pengguna di sekeliling dunia sementara Frog VLE, menawarkan penyelesaian pembelajaran online yang inovatif yang dirumuskan khas untuk para guru supaya mereka mampu menghasilkan bahan pengajaran yang lebih menarik untuk pelajar-pelajar di samping menjalinkan budaya yang menitikberatkan ciri-ciri fleksibel dan pendidikan kendiri yang nyata menyumbang kepada kemahiran dan pengetahuan pelajarpelajar

berkenaan.

 

Dengan adanya gabungan perkhidmatan ini, para pelajar, guru dan juga pihak ibubapa akan,antara lainnya, mendapat akses kepada

:

1) Komunikasi mel elektronik (emel);

 

2) Forum-forum untuk berkongsi maklumat dan untuk menerima maklum balas di

antara guru-guru dan pelajar-pelajar lain;

 

3) Maklumat dan berita

 

4) Perisian dan grafik dari sumber-sumber umum bagi tujuan pembelajaran; dan

 

5) Akses kepada World Wide Web melalui suatu sistem perangkaan grafik yang juga

merupakan peralatan akses Internet yang terkini dan menarik yang sedia ada.

 

Ada kemungkinan bahawa para pengguna Internet akan melayari bahan-bahan yang tidak dianggap sesuai dari segi pembelajaran atau dari konteks sekolah. Sehubungan dengan ini, YTL dan FrogAsia telah mengambil langkah-langkah untuk mengawal akses kepada bahan-bahan yang mungkin akan membangkitkan kontroversi. Namun demikian, adalah sedia difahami bahawa sememangnya mustahil untuk mengawal keseluruhan bahan-bahan di atas rangkaian sedunia dan seseorang pengguna tegar masih boleh melayari bahan-bahan dan / atau maklumat yang berunsur kontroversi walaupun adanya kawalan-kawalan berkenaan. Sungguhpun begitu, kami tetap berpendirian bahawa faedah yang mampu diperolehi daripada maklumat yang dikumpulkan dari setiap sudut dunia serta peluang berinteraksi dan berkongsi kerja adalah jauh lebih berharga berbanding dengan sebarang kejadian pelayaran bahanbahan yang tidak konsisten dengan kurikulum pendidikan.

 

Akses kepada Internet dalam program 1BestariNet ini adalah diselaraskan melalui usahasama dan gabungan yang kompleks antara agensi-agensi kerajaan dan jaringan di peringkat kebangsaan, daerah dan negeri. Kelancaran operasi rangkaian bergantung kepada amalan yang betul oleh pengguna yang perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

 

Terma terma dan syarat-syarat penggunaan yang dihuraikan di sini adalah untuk memastikan anda sedar akan tanggungjawab yang bakal anda laksanakan. Secara umumnya, penggunaan yang cekap, beretika dan patuh kepada undang-undang adalah perlu agar seseorang pengguna itu mampu meraih manfaat sepenuhnya daripada sumber rangkaian ini. Sekiranya seseorang pengguna menyalahi mana-mana peruntukan yang telah termaktub, akaun individu tersebut akan ditamatkan dan beliau akan seterusnya dinafikan akses

 

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) dan Internet - Terma-terma dan Syarat-syarat Penggunaan

 

1) Penggunaan yang dibenarkan – Tujuan kemudahan rangkaian Internet dan persekitaran pembelajaran maya Frog VLE yang disediakan oleh YTL dan FrogAsia (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Para Pentadbir Sistem”) adalah untuk memberi sokongan kepada usaha-usaha penyelidikan dan pendidikan di kalangan institusi-institusi akademik dengan memberi akses kepada sumber yang unik dan peluang untuk bekerja secara bersesama atau collaborative. Oleh itu, penggunaan akaun anda mestilah berkaitan dengan pendidikan dan penyelidikan dan selaras dengan matlamat pendidikan Sekolah anda. Penggunaan rangkaian organisasi atau sumber pengkomputeran yang lain mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang besesuaian dengan rangkaian tersebut. Transmisi apa jua bahan yang melanggar peraturan negara atau negeri adalah dilarang. Ini termasuk, dan tidak terhad kepada: bahan hak cipta, bahan ancaman atau lucah, atau bahan yang dilindungi oleh kerahsiaan perdagangan.

 

2) Keistimewaan – Penggunaan Internet serta Frog VLE ialah satu keistimewaan, bukan satu hak dan penggunaan yang tidak sesuai akan mengakibatkan pembatalan keistimewaan tersebut. Para Pentadbir Sistem berhak memutuskan sama ada sesuatu penggunaan itu merupakan ‘pengunaan yang tidak sesuai’ dan keputusan itu adalah muktamad. Para Pentadbir Sistem juga boleh menutup akaun pengguna pada bila-bila masa jika perlu. Di samping itu, pihak KPM, pengetua sekolah, pentadbir IT dan / atau fakulti sekolah boleh meminta Para Pentadbir Sistem menafikan, membatalkan dan / atau menggantung akaun pengguna tertentu. Sehubungan itu, perkongsian akaun adalah dilarang bagi memastikan privasi identiti pemilik akaun.

 3)Etika Rangkaian – Anda diwajibkan mematuhi peraturan umum etika rangkaian. Ini

termasuk (tetapi tidak terhad kepada) perkara-perkara berikut:

 

a) Bersikap sopan. Jangan bersikap biadab dalam mesej atau komunikasi anda

dengan individu lain.

 
b) Penggunaan bahasa yang sesuai. Jangan sesekali menggunakan bahasa kesat,

lucah atau bahasa lain yang tidak sesuai.
 

c) Aktiviti yang menyalahi undang-undang adalah dilarang sama sekali.


d) Jangan sesekali mendedahkan alamat peribadi atau nombor telefon pelajarpelajar,

guru-guru, ibu bapa atau rakan-rakan sekerja.

 

e) Kerahsiaan emel tidak terjamin. Individu-individu yang terlibat dalam

pengendalian sistem mempunyai akses kepada semua mel. Mesej yang

berkaitan dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang boleh dilaporkan

kepada pihak berkuasa.

 

f) Jangan gunakan rangkaian dengan cara yang boleh menggangu pengguna

rangkaian yang lain.

 

g) Komunikasi dan informasi yang boleh diakses menerusi rangkaian ini adalah

dianggap sebagai harta persendirian.

 

4) Upload atau posting pada Frog VLE – Sekiranya anda membuat sebarang upload atau posting di Frogstore, Community Site atau di mana-mana forum atau siaran awam pada Frog VLE (termasuk sebarang teks, skrip komputer, gambar foto, grafik, video atau web links kepada mana-mana bahan ini) (selepas ini dirujuk secara amnya sebagai

“Sumbangan”), maka anda bersetuju memberi kebenaran kepada pihak KPM, YTL dan

FrogAsia menggunakan bahan-bahan berkenaan dan menerbitkan atau menyiarkan

Sumbangan tersebut berserta dengan profil anda pada laman Frogstore, Community Site atau Frog VLE.

 

Dalam pada itu, Sumbangan anda akan boleh dilihat, dikongsi dan diakses oleh pengguna-pengguna Frog VLE yang lain. Jika Sumbangan berkenaan melibatkan individu yang lain, anda wajib memastikan bahawa individu tersebut telah memberi kebenaran kepada anda untuk penglibatannya di dalam Sumbangan anda dan untuk Sumbangan tersebut dipaparkan di atas Frog VLE. Dengan menggunakan Frog VLE, anda mengakujanji bahawa Sumbangan anda tidak melanggar sebarang hak cipta atau hak milik intelektual mana-mana pihak ketiga; bahawa anda tidak menggunakan atau meniru mana-mana bahan yang dimiliki oleh mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan atau lesen sah pihak berkenaan dan anda memberi indemnifikasi sepenuhnya kepada Para Pentadbir Sistem terhadap sebarang tuntutan pihak ketiga atau kerugian atau kehilangan sehubungan dengan pencabulan atau pelanggaran hak milik intelektual. Sekiranya anda telah menggunakan apa-apa bahan yang dimiliki atau dipunyai oleh mana-mana pihak ketiga, anda mengakujanji bahawa anda telah memperolehi persetujuan terdahulu daripada pereka atau tuan punya bahan berkenaan bagi tujuan penerbitan di atas laman Frogstore, Community Site atau Frog VLE tanpa perlunya sebarang pembayaran dan bahawa pereka atau tuan punya bahan berkenaan telah menolak kesemua hak mereka terhadap Sumbangan tersebut.

 

5) Penafian Jaminan – YTL dan FrogAsia tidak memberi sebarang jaminan, dalam apa bentuk sekalipun, sama ada secara tersurat mahupun tersirat bagi perkhidmatan yang disediakan. YTL dan FrogAsia tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami. Ini termasuk kehilangan data yang disebabkan oleh masalah semasa proses penghantaran data; sama ada penangguhan penghantaran, kegagalan penghantaran, kesilapan penghantaran atau gangguan perkhidmatan yang disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan. Penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari Internet dan / atau Frog VLE adalah atas risiko anda sendiri. YTL dan FrogAsia tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan atau kualiti maklumat yang diperolehi melalui perkhidmatan yang diberikan.

 

6) Keselamatan – Keselamatan pada mana-mana sistem komputer sesungguhnya ditekankan, terutamanya apabila sistem berkenaan melibatkan pengguna yang ramai. Sekiranya anda berhadapan dengan masalah berkaitan isu keselamatan semasa melayari Internet dan / atau menggunakan Frog VLE, anda perlu segera memaklumkan pengetua sekolah dan / atau pentadbir IT anda. Jangan dedahkan masalah tersebut kepada pengguna-pengguna yang lain. Jangan gunakan akaun individu lain tanpa kebenaran bertulis individu tersebut. Cubaan memasuki Frog VLE atau Internet sebagai pentadbir sistem akan mengakibatkan penamatan terhadap keistimewaan anda sebagai pengguna. Mana-mana pengguna yang dikenalpasti memberi risiko terhadap keselamatan atau mempunyai rekod permasalahan dengan sistem komputer yang lain boleh dinafikan aksesnya ke Frog VLE dan / atau Internet.

 

7) Dasar Privasi – Kami, YTL dan FrogAsia, sememangnya komited untuk menjaga kerahsiaan dan privasi anda semasa anda berada di online. Penggunaan sebarang maklumat yang mampu mengenalkan anda oleh pihak kami adalah tertakluk kepada Dasar Privasi kami di http://www.ytlcomms.my/EN/privacy.aspx.

 

8) Pindaan – YTL dan FrogAsia mempunyai hak untuk meminda terma-terma ini dari masa ke semasa. Jika berlakunya pindaan kepada terma-terma ini, pindaan berkenaan akan dicerminkan dalam versi terkini Perjanjian ini dan ianya akan seterusnya dimaklumkan menerusi penyelarasan pada tarikh kuat kuasa di bahagian bawah Perjanjian Penggunaan Terkawal ini.

 

9) Perundangan – Perjanjian Penggunaan Terkawal dan hubungan anda dengan YTL dan FrogAsia di bawah Perjanjian Penggunaan Terkawal ini adalah di bawah kawalan Undang-Undang Malaysia. Anda bersetuju untuk menyerahkan penyelesaian terhadap mana-mana isu undang-undang yang berbangkit dari Perjanjian Penggunaan Terkawal ini kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. Anda juga bersetuju bahawa YTL dan FrogAsia masih boleh memohon remedi injunksi (atau mana-mana peruntukan perundangan yang setara dengannya) dalam mana-mana bidang kuasa.

 

10) Tarikh kuat kuasa - Tarikh kuat kuasa terma-terma ini adalah pada 4 Mei 2012.

 

GELOMBANG KSSR

GELOMBANG KSSR