Friday, December 24, 2010

Guru SKWM1!!Selamat kembali ke sekolah...


Bagi setiap guru semestinya cuti hujung tahun akan digunakan sebaik mungkin dengan aktiviti2 yang penuh bermakna terutamanya bersama keluarga kerana pada hujung tahun sahajalah guru dapat bercuti panjang.... diharapkan dengan minda yang sudah berehat panjang telah memberikan persediaan yang cukup buat para guru untuk memulakan tugas bagi tahun2011... SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH WAHAI GURU2 SKWM1.....ayat yang sudah sinonim utk murid2 apabila kembali selepas cuti panjang..
Pada 22hb yang lalu telah bermulanya Mesyuarat Guru sebelum pembukaan sekolah bagi sesi 2011. Pada pagi hari Rabu telah dimulakan dengan Mesyuarat Guru kali pertama dimana Guru Besar (GB) Tn. Hj. Samsudin Bakar banyak memberi penerangan dan juga mandat berkenaan program dan perancangan untuk tahun 2011. Dalam ucapannya GB berharap kerjasama antara setiap guru dan seluruh kakitangan sekolah dalam membuat perubahan kepada kelemahan yang sedia ada. Menstruktur semula organisasi dengan lebih sistematik selain mengindahkan persekitaran fizikal sekolah dengan lanskap2 yang menarik merupakan langkah awal dalam menaiktaraf kecemerlangan sekolah ini.

GELOMBANG KSSR

GELOMBANG KSSR